Friday, July 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

HARI INI DALAM SEJARAH :

TAN SRI TEMENGGONG JUGAH MENINGGAL DUNIA

TARIKH PERISTIWA : 08.07.1981
Pada hari ini dalam tahun 1981, Tan Sri Temenggong Jugah anak Barieng, pemimpin kaum Iban yang disegani telah meninggal dunia pada usia 81 tahun. Temenggung Jugah yang dilahirkan pada tahun 1903, memulakan perkhidmatan dengan kerajaan Sarawak sebagai Penghulu Merirai dalam daerah Kapit pada tahun 1926 dan telah dilantik sebagai Temenggung Daerah Kapit pada tahun 1952 dan kemudiannya sebagai Temenggong di Bahagian Ketujuh Sarawak sehinggalah beliau bersara dalam bulan September 1973. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Persekutuan Hal Ehwal Sarawak. Temenggung Jugah juga turut dikenang sebagai pengasas kepada penubuhan Parti Anak Sarawak (PESAKA). Beliau merupakan salah seorang tokoh daripada Sarawak yang terlibat dalam rundingan perjanjian pembentukan Malaysia di London pada tahun 1963. Sesungguhnya beliau akan tetap terus dikenang sebagai salah seorang pemimpin negeri Sarawak yang telah besusah payah memperjuangkan kemerdekaan Sarawak menerusi Malaysia pada tahun 1963.


Parti Anak Sarawak (PESAKA)

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA AKAN MENINGKATKAN MINDA ANDA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...