Friday, July 15, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

15 JULAI


PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA PERTAMA

TARIKH PERISTIWA : 15.07.1971

Pada hari ini 15.07.1971, Persidangan Undang-undang Malaysia yang pertama telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia ini adalah pertama kali diadakan. Mengikut Pengerusi Majlis Peguam ini Encik R.R. Chelliah, persidangan ini diadakan bagi membincangkan masalah-masalah perundangan di negara ini. Menurut beliau walaupun ahli-ahli peguam Malaysia termasuk ahli Majlis Peguam ini seringkali menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa di luar negeri tetapi hanya pada kali ini berjaya menganjurkan persidangan sedemikian di negara sendiri. Perdana Menteri Tun Abdul Razak semasa ucapan perasmiannya menyatakan bahawa kita mesti berani dan tegas menolak serta mengubah sebarang undang-undang yang tidak lagi sesuai dengan masyarakat kita. Beliau juga menyarankan satu sistem guaman yang progresif sangat perlu bagi negara sedang membangun seperti Malaysia ini untuk membentuk undang-undang yang mencerminkan keperluan dan penyelesaian masalah kita sendiri. Untuk itu juga beliau menyeru masyarakat guaman supaya memegang teguh kepada perlembagaan negara dan mencurahkan bakti bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini. Sungguh pun umur guaman di Malaysia masih muda, tetapi setakat ini telah berjaya membaiki masalah penting dalam hubungan kaum dengan menggubal undang-undang bagi perkara-perkara sensatif yang mana masalah ini belum berjaya diatasi di negara-negara maju. Dengan berlangsungnya persidangan undang-undang Malaysia pertama pada hari ini dalam tahun 1971 telah berjaya memupuk semangat bersatu para masyarakat guaman ke arah membantu kerajaan menyelesaikan masalah-masalah yang berhubungan dengan undang-undang khususnya supaya undang-undang negara sentiasa dipatuhi serta mencerminkan kehendak dan penyelesaian masalah tempatan.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA MENJAUHKAN DIRI KITA DARI MEMBUANG MASA, MASA ITU EMAS. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...