Monday, November 21, 2011

AIR..AIR..AIR....BILA NAK SELESAI??

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

 MUSTAPA Mohamed beramah mesra dengan anggota tentera selepas menyampaikan sumbangan komputer kepada anggota tentera di Kem Rejimen Sempadan, Batu 11 Jeli, semalam.

JELI - Sampai bila krisis air di Kelantan ni nak selesai? makin lama makin teruk, kritikal, membimbangkan dan ianya boleh mengancam kesihatan dan nyawa pengguna. Dah le bekalannya tidak mencukupi dan kini, masalah kualiti airnya di petikaikan.

Kita semua sedia maklum, bahawa kualiti air itu amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit berjangkit yang membahayakan manusia. Rakyat kelantan kini merasakan bahawa Kerajaan negeri , iaitu kerajaan Pas di bawah jagaan Pok Nik, tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul terhadap rakyat. Sebenarnya ada dua isu di sini berkenaan dengan dengan air di Kelantan yang perlu di selesaikan.

Pertama, kualiti air dan kedua, bekalan air tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Kelantan. Banyak persoalan yang timbul, apa masalahnya dan dimana silapnya?. Perkara ini masih belum terjawap, rakyat Kelantan masih tertunggu-tunggu, tapi sampai bila?

Mengikut laporan data rasmi Perdana Industri Air, Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara, mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisko.

Sementara itu, kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempuh 2008 - 2010 juga mendapati air di negeri itu mengandungi Arsenik, Merkuri Mangan dan Plumbum, iaitu logam berat yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk boleh mengakibatkan penyakit kanser.

Sementara itu, prihatinkan masalah rakyat Kelantan, Pengerusi Badn Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Seri Mustafa Mohammad atau lebih dikenali oleh orang-orang Kelantan, iaitu Tok Pa melahirkan rasa kesal kerana masalah air di Kelantan masih lagi dapat di selesaikan, berlarutan begitu lama, seolah-olah tiada penghujungnya. 

Katanya, bayangkan jika ianya melibatkan pelajar Sekolah, lagi susah, mereka terdedah kepada penyakit dan kalau berlaku di Sekolah ia boleh merebak dengan senang. Masalah ini akan selesai, sekiranya BN di beri mandat untuk menerajui Kelantan semua. Insyallah, katanya.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
POK NIK OOI, BILA LAGI NAK SELESAIKAN MASALAH AIR NI?....JANGAN PANDAI BERCAKAP DAN ASYIK BERPOLITIKING JE. KEBAJIKAN RAKYAT DIABAIKAN. KALAU DAH TAK SANGGUP, SERAHKAN SAJA PADA UMNO/BN KELANTAN, KITA TAHU LE NAK BUAT APA. LAGI SATU, JANGAN ASYIK NAK JAGA TEPI KAIN ORANG. NEGERI DEPA BIAK PI LE..KELANTAN NI, MACAMANA?...KESIAN RAKYAT TU....IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...