Wednesday, November 23, 2011

SKUAD HARIMAU MUDA DAPAT DURIAN RUNTUH

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

KEJAYAAN MEMPERTAHANKAN ‘IBU SEGALA EMAS’ HARIMAU MUDA DAPAT GANJARAN RM30 000 SEORANG [ ‘Ibu Segala Emas’, ] itulah yang digambarkan kepada pingat emas acara bola sepak Sukan Sea. Walaupun nilainya hanya sebutir pingat namun ia sudah cukup untuk memadamkan terus beratus-ratus pingat emas lain sekalipun kerana nilainya amat berharga demi membuktikan siapa jagoan sukan no. 1 dunia ini.

Hari ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pemberian ganjaran diatas jasa skuad ini. Bukan mudah untuk memenangi acara bola sepak ini dan paling sukar lagi untuk mempertahankannya. Pemain dan pegawai skuad Harimau Muda yang mempertahan pingat emas bola sepak Sukan SEA akan menerima RM30,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan mungkin akan ada lagi ganjaran untuk jasa dan keringat mereka akan menyusul selepas ini. Tahniah dari kepada kepada skuad ini dan jangan lupa anda ada tugasan yang juga amat penting malam esok. Pertemuan Kelayakan Olimpik London 2012, Malaysia vs Syiria 23 November 2011. Semoga anda boleh pamerkan kehebatan sebenar dihadapan penyokong sendiri pula.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hai beruntung betul anak-anak muda sekarang ni. Bila pandai bersukan dan mengharumkan nama negara, akan menerima ganjaran yang lumayan dari kerajaan. Begitulah bila sesebuah kerajaan memerintah yang prihatin kepada rakyatnya seperti kerajaan BN yang tidak melupakan jasa rakyatnya yang berkecimpung di arena sukan dan sekali gus mengharumkan nama negara. Tahniah sekali lagi Skuad Harimau Muda yang memenangi pingat emas di Sukan Sea akan diberi ganjaran oleh kerajaan hari ini. Tahniah!...IBM tumpang gembira, seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira, apatah lagi para pemain dan pegawai-pegawai FAM. Bila dapat duit tu, jangan le enjoy pulak. Belajar menabung untuk hari tua. Majulah sukan Untuk Negara. Ikhlas dari saya yang benar : IBM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...