Thursday, November 17, 2011

Isu Padang PKNS, MBPJ Kata Belum Luluskan Projek!!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA





PENDUDUK memasang kain rentang membantah projek komersial di kawasan padang SS7, Kelana Jaya, Selangor.




KUALA LUMPUR – Selepas dua hari berhadapan kontroversi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menegaskan pihaknya masih belum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan projek komersial di kawasan padang di SS7, Kelana Jaya dekat sini.
Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman (gambar kecil) berkata, ini kerana permohonan PKNS untuk membangunkan projek mengandungi tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat di tapak tersebut masih terlalu awal.
Beliau berkata, ketika ini cadangan mengenainya baru dibentangkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, tidak lebih daripada itu.
“Memang PKNS pernah menghantar satu permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang projek komersial di tapak tersebut tetapi MBPJ masih belum membuat keputusan sama ada mahu meluluskannya atau tidak.
“Setakat ini, ia masih di dalam proses membuat kertas kerja sebelum perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat Pusat Sehenti Majlis (OSC),’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Alhamdulillah, nampaknya penduduk-penduduk  SS5A Kelana Jaya bolehlah menarik nafas lega buat seketika kerana rupa-rupanya projek tersebut masih belum di luluskan. Nasihat IBM kepada PKNS, hentikanlah projek tersebut demi kepentingan penduduk-penduduk di situ yang mahu agar ianya di kekalkan  kompleks sukan PKNS  seperti adanya.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...