Saturday, November 19, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR......
19 NOVEMBER 



JALAN BANDAR DITUKAR NAMA KEPADA JALAN H.S. LEE

Jasa dan pengorbanan yang ditunjukan oleh tokoh-tokoh negara pada masa lalu terlalu sukar untuk dilupakan begitu sahaja, terutama dikaitkan dengan dua isu utama iaitu perpaduan kaum dan kemerdekaan negara. Bagi kaum Cina di negara ini ketokohan Tun H.S. Lee sinonim dengan dua tema di atas. Bagi mengenang jasa beliau, sebatang jalan dinamakan dengan nama beliau iaitu Jalan Bandar ditukar kepada Jalan Tun H.S. Lee. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya Merdeka beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957-1959. Pengumuman penamaan Jalan Tun H.S.Lee dilakukan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed sempena pameran Patriot dan Negarawan - Tun Sri H.S. Lee di Muzium Negara. Tun H.S. Lee telah meninggal dunia pada 22 Jun 1988 akibat daripada sakit tua. 

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT BERISTERIHAT DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...