Sunday, November 20, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT BUAT SIRI JELAJAH DI 3 NEGERI

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri – Perak, Negeri Sembilan dan Johor – pada bulan depan dan Januari ini.
Bermula di Perak dengan lokasi di Stadium Indera Muda, Ipoh pada 17 Dis ini, Himpun seterusnya akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 7 Jan dan Johor pada 28 Jan di lokasi yang masih belum diputuskan.
Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.
Dalam sidang media di sini, beliau berkata tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Okt lepas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.
Azmi juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan perhimpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa.
Dijangka seramai 10,000 akan menghadiri perhimpunan yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 petang di Ipoh itu, katanya.
Perhimpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu adalah bagi menghantar mesej kepada pelbagai pihak mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini. – BERNAMA
SYABAS!...TERUSKAN HIMPUNAN INI. SAMA-SAMA KITA MEMBENTERAS MERMURTADKAN UMAT ISLAM. PAS TAK INGIN TURUT SERTA KE?..ATAU AHLI-AHLINYA DI LARANG SAMA SEKALI MENYERTAI PERHIMPUNAN INI?..KATA PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM DAN PAS ITU PARTI ISLAM, KENAPA DI HALANG AHLI YANG NAK TURUT SERTA?....HAMPEHHH!...MEMANG PAS HAMPEH. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...