Saturday, November 19, 2011

BUSH Dan BLAIR Didakwa Di Kuala Lumpur Kerana Jenayah Perang

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan bekas perdana menteri Britain, Tony Blair akan didakwa di Kuala Lumpur atas tuduhan jenayah perang terhadap Afghanistan dan Iraq. Macam mana ya pengadilan yang akan berlangsung nanti? Mesti makan bertahun tahun jugak ni. Kita nantikan sama ada mereka berdua yang sangat rapat itu dibuktikan bersalah atau tidak. 


Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair akan dibicarakan di Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan jenayah perang terhadap Afghanistan dan Iraq, walaupun tanpa kehadiran mereka. 
Kedua-dua mereka dituduh oleh Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) selepas dua tahun menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat mangsa perang di Iraq pada 2009. Ini kali pertama kedua-dua bekas ketua negara itu dituduh bagi jenayah perang mengikut proses undang-undang.
Turut didakwa bersama mereka ialah beberapa tokoh dalam pentadbiran Bush seperti bekas Naib Presiden AS, Dick Cheneybekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld;bekas Peguam Negara AS, Alberto Gonzalesbekas Ketua Staf Pentadbiran Presiden Bush, David Addingtonbekas Penasihat Jabatan Pertahanan AS, William Haynesbekas Hakim Mahkamah Rayuan AS, Jay Bybee dan profesor undang-undang, John Yoo.
Setiausaha Agung Kuala Lumpur Foundation to Crimanalise WarDatuk Dr Yaacob Hussain Merican, berkata perbicaraan akan diadakan di Yayasan Al-Bukhary di Jalan Perdana di sini mulai 19 hingga 22 November ini. 
“Suruhanjaya selepas menerima aduan daripada mangsa perang di Iraq pada 2009 telah melakukan siasatan rapi dan menyeluruh selama dua tahun dan memutuskan untuk membuat pendakwaan jenayah perang terhadap Bush, Blair dan sekutu mereka,” katanya pada sidang media di Balai Berita, semalam.

UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG, WALAUPUN PERNAH MENJAWAT JAWATAN TERTINGGI SATU KETIKA DULU, BILA SALAH GUNA KUASA SEMASA MEMERINTAH, TERUTAMA MELAKUKAN JENAYAH PERANG, PASTI TIDAK AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN ANTARABANGSA. BEGITULAH NASIB 2 ORANG YANG AMAT TERPENGARUH DI DUNIA SATU KETIKA DULU. MEREKA TIDAK TERLEPAS DARI HUKUMAN YANG MEREKA LAKUKAN. HARAP MAHKAMAH DUNIA DAPAT MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN TELUS DAN BIJAKSANA, TIADA BERAT SEBELAH. TERIMA KASIH - Terbakar Dunia.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...