Wednesday, November 30, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH TANAH AIR KITA

 30 NOVEMBER

GAMBAR NGAH IBRAHIM



Pada hari ini dalam tahun 1857, Ngah Ibrahim telah diberi kuasa sepenuhnya ke atas Daerah Larut. Pengiktirafan tersebut dibuat berikutan kematian bapanya Long Ja’afar. Long Ja’afar adalah orang pertama yang meramalkan kepentingan Larut. Sebelum kedatangan beliau ke Taiping, tiada siapa menyangka daerah tersebut akan menjadi terkenal kerana sumber bijih timahnya. Menyedari akan kepentingan Larut, beliau membeli satu persatu kawasan bijih di Daerah Larut. Akhirnya pada tahun 1850, Ngah Ali memberikan hak milik daerah tersebut kepada Long Ja’afar. Hak milik ini akan diwarisi oleh anak-anak beliau. Oleh itu, apabila Long Ja’afar meninggal dunia pada tahun 1857, anaknya Ngah Ibrahim memohon pengiktirafan ke atas kawasan tersebut secara rasmi. Sultan Perak, Raja Muda dan Raja Bendahara telah memberikan pengiktirafan secara rasmi kepada permohonan Ngah Ibrahim.  Pengiktirafan tersebut telah memberikan kuasa penuh kepada Ngah Ibrahim untuk berkuasa dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di Daerah Larut tanpa merujuk kepada Sultan, Raja Muda, Bendahara ataupun Kerajaan Inggeris.  Sesungguhnya, Ngah Ibrahim merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam memajukan Daerah Larut dan beliau telah dianugerahkan gelaran ‘Orang Kaya Menteri’.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PEMINAT HARI INI DALAM SEJARAH. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...