Saturday, November 19, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011 Sediakan Minda Ahli Parti Hadapi PRU - Shafie

[DARI MEJA IBM] : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 AKAN BERLANG
SUNG DARI 29 NOV HINGGA 3 DIS INI.




PUTRAJAYA, 19 Nov –  Perhimpunan Agung Umno yang akan 
diadakan pada hujung bulan ini merupakan perhimpunan untuk menyediakan minda anggota parti mengenai pentingnya bermuafakat dan bersatu bagi memastikan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perhimpunan itu amat penting sebagai landasan untuk memastikan langkah-langkah penyatuan di kalangan anggota Umno di semua peringkat dapat dijayakan.
“Saya pun tak tahu bila pilihan raya akan diadakan, tetapi tanggapan kita, ini merupakan satu perhimpunan untuk menyediakan “mind set” (minda) perwakilan, ahli-ahli Umno di semua peringkat.
“Saya yakin ini merupakan satu persediaan yang cukup penting dan saya berharap perwakilan akan terus dapat mengeratkan silaturrahim dan manfaatkan perhimpunan ini sebagai satu tanda untuk melakukan persediaan untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang,” katanya.
Perhimpunan kali ini juga agak besar berikutan jumlah perwakilan yangbakal hadir adalah tertinggi berbanding tahun lalu, kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kementerian itu di sini hari ini.


Sementara itu, beliau berkata kementerian yakin akan dapat menyiapkan lebih 700 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) melalui Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan III (NBOS3) bagi Orang Asli menjelang awal Disember ini.
“Sasaran kita hampir 800 buah rumah. Kita telah siapkan lebih 400 buah dan yang sedang dalam pembinaan ialah lebih 200 buah rumah. Saya yakin pada awal Disember ini, kita akan siapkan lebih 700 buah rumah iaitu menepati sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.
Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sebuah laman web bahawa kerajaan negeri hanya akan menyertai PRU-13 sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun 2012, Mohd Shafie berkata kemungkinan mereka bimbang kekuatan di peringkat negeri tidak begitu menjamin kejayaan mereka dalam pilihan raya umum.
“Saya yakin, itu merupakan strategi (mengadakan pilihan raya berasingan) yang mereka yakin bahawa mereka tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat.
“Maka, mereka bimbang dan takut untuk membubarkan DUN bersekali dengan Parlimen bila mana ia diumumkan,” katanya.
Mohd Shafie berkata tindakan mengadakan pilihan raya umum secara berasingan  hanya akan membebankan rakyat kerana bukan semua rakyat negeri Selangor menetap di negeri berkenaan manakala pilihan raya serentak dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa.

TAK SABAR RASANYA HENDAK KE PWTC. KEPADA SEMUA PERWAKILAN YANG TELAH DILANTIK, AMBILAH KESEMPATAN INI DAN DENGARLAH AMANAT YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PM DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG LAIN. HARUS DIINGAT, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI. HIDUP UMNO!! PEJUANG SEBENAR UNTUK ORANG MELAYU. TERIMA KASIH UMNONLINE.COM.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...