Monday, November 21, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH



ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR
21 NOVEMBER
PELANCARAN BANK PERTANIAN

TARIKH PERISTIWA : 21.11.1969
Institusi Kewangan mempunyai tanggungjawab besar bagi menyediakan dana kewangan bagi melaksanakan projek ekonomi. Bagi sektor pertanian dengan tertubuhnya bank pertanian pada 1 Ogos 1969, telah banyak membantu perkembangan sektor pertanian di negara ini.
Di antara tujuan utama penubuhan bank ini ialah:
  • menggalakkan kemajuan yang sempurna di Malaysia atau mana-mana bahagian;
  • menyelaras dan menyelia bantuan kredit dan kumpulan wang awam untuk maksud pertanian;
  • mengadakan kemudahan-kemudahan pinjaman, pendahuluan, kredit untuk kemajuan pertanian termasuklah penghasilan dan pemasaran;
  • menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.
Walaupun bank ini telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1969, tetapi pelancaran rasmi dilakukan pada 21 November 1969, oleh Tun Abdul Razak di Bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur. Bank Pertanian, menumpukan kegiatan di kawasan yang kurang maju dan melaksanakan skim pinjaman kemudahan kredit. Skim ini buat pertama kali diperkenalkan di kawasan Rancangan Perairan Muda di Kedah. Bank Pertanian lahir di atas hasrat unuk memajukan perusahaan-perusahaan pertanian oleh pekebun-pekebun kecil padi, kelapa sawit, kelapa, koko, tebu, kopi dan berbagai jenis tanaman sayuran serta perusahaan pertanian, ternakan dan perikanan yang dijalankan oleh penduduk di negara ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
TANAMKAN BUDAYA MEMBACA DEMI MENAMBAHKAN ILMUAN KITA. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM.]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...