Wednesday, November 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA


16 NOVEMBER


MINGGU ARKIB ANTARABANGSA YANG PERTAMA DI MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 16.11.1979
Arkib Negara Malaysia yang telah ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyediakan maklumat kepada negara dan berusaha untuk mencapai kecekapan dalam perjalanan pentadbiran Kerajaan melalui operasi pengurusan rekod yang sistematik dan moden di agensi-agensi Kerajaan. Selaras dengan matlamat tersebut maka pada hari ini 16.11.1979 Arkib Negara Malaysia telah melancarkan `Minggu Arkib Antarabangsa’ yang pertama selama 10 hari iaitu dari tarikh 16 hingga 25 November 1979, bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Minggu Arkib Antarabangsa itu telah dihadiri oleh beberapa negara asing.
Tujuan utama diadakan Minggu Arkib Antarabangsa ialah:-
  1. Untuk menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang peranan Arkib Negara Malaysia, tugas, dan tanggungjawabnya sebagai `penjaga’ warisan negara.
  2. Untuk memberi ketegasan dan mempopularkan penggunaan bahan-bahan Arkib Negara Malaysia dalam apa jua bentuk penyelidikan atau untuk faedah persendirian.
Menurut Ketua Pengarahnya Datin Zakiah Hanum pelbagai usaha lain sedang dijalankan oleh Arkib Negara Malaysia di antaranya ialah penerbitan setiap hari program `Hari Ini Dalam Sejarah’ dengan kerjasama pihak RTM, menerbitkan pelbagai penerbitan mengenai tajuk-tajuk tertentu, mengadakan `Minggu Arkib Negara’ dari 24-30 November 1980 dan lain-lain lagi.Katanya lagi, Arkib Negara sekarang berusaha menambahkan lagi bahan-bahannya untuk kepentingan negara dan orang ramai. Sesungguhnya dengan adanya `Minggu Arkib Antarabangsa’ diharap akan dapat memperkenalkan Jabatan Arkib Negara Malaysia kepada orang ramai, di samping menggalakkan generasi muda sekarang supaya berminat dan bersungguh membuat penyelidikan bahan-bahan Arkib, demi untuk kecemerlangan negara tercinta.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA, MOGA CERIA DI HARI INI. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER :ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...