Monday, November 28, 2011

UMNO Bukan Parti Hanya Untuk "Orang Kampung"

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

BAGAN DATOH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak tanggapan sesetengah pihak yang parti UMNO hanya memperjuangkan masalah rakyat luar bandar sahaja. 

Beliau berkata berdasarkan kajian di atas bilangan pengundi , 60 peratus berada di kawasan bandar dan pinggir bandar serta 38.8 peratus lagi yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun kebanyakkannya pengundi di bandar.


Tidak benar kalau ada anggapan yang mengatakan UMNO 'Parti Kampung' kerana program yang dilaksanakan tidak hanya tertumpu menyelesaikan masalah rakyat di luar bandar tetapi merangkumi seluruh negara, tegas beliau semasa merasmikan Majlis berkhatan Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam. 


Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebagai contoh program Transformasi Ekonomi (ETP), program transformasi kerajaan (GTP) dan program Transformasi politik (PTP) bukan hanya untuk penduduk luar bandar sahaja. Sebenarnya seluruh kategori pelbagai kumpulan di negara ini. Lebih 80 peratus daripada kumpulan pertengahan mengatasi golongan bawahan dan atasan kerana kebanyakan mereka berada di bandar atau di pinggir bandar yang di kategori sebagai masyarakat 'Permata'.

Beliau berkata kumpulan berkenaan diberi tumpuan sepenuhnya oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak.

IBM setuju dengan apa yang di katakan oleh DS Zahid. UMNO untuk semua, tidak boleh dinafikan lagi. Bodoh le orang yang berkata demekian. IBM cuba beri pandangan je. Ikhlas dari saya yang benar : IBM.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...