Thursday, November 17, 2011

Khalid gagap tak ada telo. tak akan bubar DUN!!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA




SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya bersedia menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
"Kita (kerajaan negeri) telah memutuskan tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.
"Ini sebab kerajaan negeri mahu program dalam Belanjawan negeri 2012 yang diluluskan pada persidangan DUN untuk kebajikan rakyat dilaksanakan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, bermula tahun depan.
  
"Jika ini tidak berlaku, maka ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengutamakan kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Abdul Khalid menafikan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.


Menyentuh perkara lain, beliau menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Sultan Selangor mencampuri pentadbiran negeri apabila didakwa mengarahkan setiap anggota DUN Selangor meluluskan pindaan undang-undang bagi meluaskan bidang kuasa berkaitan hal-ehwal Islam di negeri ini, Julai lepas.
Dakwaan itu, yang disiarkan sebuah portal berita, menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah kononnya mengarahkan setiap ADUN Selangor meluluskan draf pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 pada sidang DUN 11 Julai lepas.


"Sultan Selangor tidak campur tangan dalam pengurusan kerajaan negeri. Sebagai Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam Negeri, baginda mahukan satu keharmonian di negeri ini termasuklah meliputi seluruh rakyatnya," kata Khalid.


MEMANG DASAR MENTERI BESAR TAK ADA TELO, PENAKUT. TAKUT KALAH LE TU.  BANGGAP PUNYA KHALID
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...