Friday, November 25, 2011

Buah Nangka Yang Membawa Padah!!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Warga Myanmar Dijel Curi Nangka, Didenda Mabuk Dalam Pesawat.
Sedap Beno ke nangka ni?

SEPANG - Kelakar juga ye. Kerana buah nangka boleh membawa padah. Macam tak percaya pulak. Keinginan untuk memakan buah nangka bertukar padah kepada seorang warga Myanmar yang terpaksa merengkok 14 hari dalam penjara gara-gara mencuri buah itu dari sebuah dusun buah-buahan milik seorang pemuda.

Ye Naing, 23, begitulah namanya, mengaku mencuri sebiji buah nangka di kebun buah milik Helmi Mohd Noor, di Batu 18 sungai Rasau, Pulau Meranti di sini, 12 November lalu.

Sementara itu, Hakim Wan Norisam Wan Yacob mengenakan denda RM1,000 terhadap seorang warga Australia, Moturi Venkata Ravi chandra, 37, kerana membuat kekacauan dengan melemparkan kata-kata kesat ketika mabuk dalam sebuah pesawat penerbangan. tidak pula di beritahu nama Syarikat Penebangan tersebut. Mungkin untuk keselamatan.

Macam-macam hal ragam manusia ni. Apalah nak jadi dunia sekarang ni. Mungkin juga dunia ini sudah tua usianya. Itu tangapan IBM saja. Jangan salah faham ye!. Ikhlas dari saya yang benar : IBM.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...