Thursday, November 17, 2011

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011....

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Jadikan Perhimpunan Agung UMNO Kali Ini Untuk Lonjakkan Semangat Perkasakan Lagi Parti. UMNO boleh!




KUALA LUMPUR  – Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) bukan sahaja merupakan pilihan raya yang paling sengit malah pilihan raya yang paling mencabar dihadapi  UMNO dalam usaha untuk mengekalkan kuasa di negara ini.
Justeru Exco Puteri UMNO, Seriwani Sabtu mengingatkan seluruh ahli Puteri agar menjadikan perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai medan untuk melonjakkan lagi momentum gerakan khususnya pelbagai transformasi yang diperkenalkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau ahli UMNO khususnya ahli pergerakan itu perlu membuktikan kepada umum bahawa mereka perlu mewarnai di peringkat akar umbi  dengan pelbagai gerakan yang meyentuh hati masyarakat umum.
“Kita perlu jadikan ini sebagai titik perjuangan untuk menghadapi PRU-13 nanti. Jadikan amanat presiden sebagai satu dorongan untuk kita buktikan bahawa UMNO adalah parti untuk rakyat dan kita perlu mengembeleng tenaga agar ianya seiring dengan hala tuju Presiden sekaligus menjayakan harapan parti.
“Apa yang penting kita datang dengan satu semangat, balik dengan satu harapan dan menjadi pembawa berita kepada rakyat di akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara khas bersama UMNO-Online menjelangnya perhimpunan agung UMNO 2011.
Tambah beliau lagi fokus dan “energy” hari ini adalah untuk bekerja ke arah pilihan raya dan janganlah sia-siakan perhimpunan kali ini kerana ianya cukup penting dan sarat dengan pelbagai amanat daripada pucuk pimpinan dalam usaha melonjakkan kekuatan parti di akar umbi khususnya untuk berdepan PRU-13 nanti.
Beliau yang juga Ketua Puteri Setiawangsa menyarankan agar segala amanat yang akan dilontarkan oleh pucuk pimpinan nanti  ke dalam satu bentuk gerak kerja yang mantap di akar umbi.
“Selain itu apa yang penting sekali ialah soal permuafakatan….Saya mengambil ungkapan Presiden, Datuk Seri Najib yang pernah menyebut sebelum ini bahawa jika kita tidak berubah, kita akan rebah
“Oleh itu setiap daripada kita tidak perlu menunding jari sebaliknya diri kita sendiri kerana setiap permulaan,setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi jika setiap daripada kita ingin berubah, ingin mahukan perjalanan ini terus ke akhir hayat, kita tidak perlu menunding jari,” katanya. -MediaUMNO

Jangan lupa, jom kita ramai-ramai ke PWTC mendengar mandat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Kita. Sebagai ahli UMNO yang setia, rugi kalau tak pergi.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...