KONFLIK AZMIN DAN KHALID KIAN MERUNCING


Kenapa isu ini masih dipersoalkan, katanya. Mereka telah ditamatkan melalui saluran yang betul dan mengikut prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak adil, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah perindustrian, terang Khalid lagi. Isu pemecatan 22 kakitangan kontak PKNS Holding Bhd ini diperhangatkan kembali oleh Azmin semalam (Jumaat). Azmin menyifatkan perintah pemecatan sebagai "melanggar undang-undang pekerjaan dan sangat tidak berperikemanusiaan".

Maka, katanya, beliau tidak menjalankan tugas semata-mata dengan memihak kepada rakan-rakan beliau, sebaliknya menjalankan tugas berdasarkan tanggungjawab, kata Khalid sambil menegaskan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa, termasuk Azmin. Bagi Khalid, Azmin di adalah kawan beliau. Tetapi jika ada perkara yang perlu diperbaiki, kita perlu memperbaikinya, katanya. Bagi Khalid isu pemecatan 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd pada Selasa lalu telah selesai. Sekiranya mereka tidak puas hati, rujuklah kepada yang berkenaan. Lagi pun mereka telah diberi dua bulan gaji sebagai pamapasan. Beres, katanya.
Kesimpulannya, masihkah rakyat di Selangor ini percaya bahawa perubahan telah dibuat semasa 2 penggal Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor dan rakyatnya telah dijaga kebajikan mereka?......dan adakah PKR telah mengubah Selangor dari segi politik dan kebajikkan yang mana ianya lebih baik dari Barisan Nasional (BN)? Fikir-fikirkan...Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"