Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Islam Pulau Pinang mencadangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang dinamakan bersempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Setiausahanya Ahmad Yakqub Nazri berkata pemilihan nama Yang di-Pertuan Agong itu adalah bagi memartabatkan institusi diraja. "Saya rasa sudah tiba masanya rakyat mengeluarkan cadangan menamakan jambatan kedua ini sebagai Jambatan 'Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah' bersempena nama Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah.

Ahmad Yakqub berkata pihaknya telah menyediakan surat berhubung cadangan itu dan akan dihantar kepada perdana menteri dan Istana Negara pada Isnin. Jambatan sepanjang 24km itu - 17km daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan - dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar bagi menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.
Pembukaan jambatan itu dijadual bulan depan, dijangka mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang sedia ada sebanyak 25 peratus. Jambatan berharga RM4.5 bilion dibina kerajaan persekutuan itu merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ia dijangka mampu menampung 100,000 kenderaan sehari. BERNAMA
P/S ~ Cantikkk! IBM rasa satu cadangan yang cukup cantik dan tepat pada masanya. Tapi, IBM rasa mesti ada tentangan dari kerajaan Pulau Pinang. Kalau tak percaya, tunggu. Ada yang akan berdemo nanti. Hehehehe ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"