
KONTROVERSI DR KASSIM AHMMAD...KONTROVERSI DR KASSIM AHMAD
Hala Tuju Bangsa & Negara Malaysia....Hala Tuju Bangsa & Negara Malaysia?

Beliau turut dilaporkan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkenaan seminar itu agar menyalurkannya kepada JAWI. IBM juga dapat tahu bahawa JAWI sebelum ini dilaporkan mendapat arahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bertindak terhadap Kassim kerana didakwa mempertikai dan memperlekehkan hadis yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

IBM bukan nak membela Tun Dr Mahathir, tapi kita semua maklum dan faham akan pendirian bekas Perdana Menteri yang telah banyak berjasa pada bangsa dan negara. Satu dunia mengenali Tun Dr Mahathir yang terkenal dengan kelantangan di peringkat antarabangsa. Hinggakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat begitu menghormati Tun Dr Mahathir. Jadi, tidak lojik isu Anti Hadis ini dikaitkan dengan beliau. Hanya tuhan yang tahu siapa benar dan siapa bersalah. Kononya dah ada orang ramai membuat demostrasi selepas solat Jumaat di depan Masjid Negara hari ini. Protes le konon. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"