BERITA yang tak berapa mengembirakan untuk didengar. Tapi, terkawal, mengikut kata Menteri Kesihatan. Mungkin ini kes pertama di Malaysia yang melibatkan pelancong asing. Diberitakan seorang pelancong wanita China yang menyertai rombongan lawatan ke Sabah, disahkan menghidap selesema burung atau Avian Infleunza A (H7N9), itu mengikut kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Menyifatkan ia sebagai kes pertama yang dilaporkan di negara ini, Dr Subramaniam berkata pesakit berusia 67 tahun dari Wilayah Guangdong itu kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah dan keadaannya stabil. Beliau berkata, jangkitan virus flu N7N9 biasanya berlaku dalam kalanganunggas.


Menyentuh tentang kes deman denggi pula, Dr S. Subramaniam berkata, kes denggi memang teruk, lebih 2,000 kes dilaporkan setiap minggu. Kita mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menangani isu ini selain memastikan tindakan perlindungan sewajarnya diambil setiap individu, tambah beliau. Dalam pada itu beliau juga menyifatkan Laporan Indeks Persaraan Global 2014 kendalian portal penganalisis, International Living.com, yang menyenaraikan Malaysia antara tiga negara di dunia, menyediakan khidmat penjagaan kesihatan terbaik dan berpatutan, sebagai pengiktirafan terbaik. Laporan itu menyaksikan Malaysia di belakang Perancis dan Uruguay, selain mengetepikan negara lain seperti Sepanyol, Itali, Ireland dan New Zealand.
Selain dari itu Malaysia juga diiktiraf di tangga ke-18 daripada 45 buah negara sebagai negara yang mempunyai perkhidmatan kesihatan yang paling efisyen oleh Bloomberg.com pada tahun lalu. Dr S. Subramaniam yakin prestasi ini juga meyakinkan rakyat negara lain dapatkan perkhidmatan kesihatan melalui pelancongan kesihatan, katanya. Diharap penyakit H7N9 ini tidak merebak dan serius di negara kita ini. Dan...jangan lupa juga kes deman denggi. Dikatakan agak tinggi kesnya di negara kita ini. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri kita dan keluarga. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"