Sebenarnya tujuan IBM ke sana semata-mata nak melihat suasana dan juga untuk mendapat maklum balas dari penduduk-penduduk disana tentang PRK Kajang yang akan diadakan pada bulan March ini. Sempat juga IBM bertanya dengan beberapa-berapa penduduk di situ yang kebetulan tengah makan satay di tempat yang sama. Mereka memberikan pelbagai pandangan mengenai pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. Walaupun kebanyakan mereka seolah-olah tidak berpuas hati kerana perlu mengundi sekali lagi, tapi, terdapat juga yang mengalu-alukan pilihan raya kecil itu yang menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.

Sementara itu terdapat penduduk Kajang yang lain mengalu-alukan hakikat bahawa Anwar akan bertanding. Kononnya Anwar bertanding kerusi itu untuk mengukuhkan politik negeri. Seorang dua lagi yang IBM temui berkata mereka tidak tahu mengapa Lee meletak jawatan tetapi menegaskan bahawa mereka mahukan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah-masalah harian orang Kajang. Tidak kira mereka datang daripada parti mana asalkan mereka boleh melihat masalah mereka dan memastikan tindakan diambil, kata salah seorang dari mereka. Manakala seorang pemandu teksi yang hanya juga sedang menikmati satay ditempat yang sama, hairan mengapa Lee meletak jawatan?
Bagaimanpun, beliau tetapi selesa dengan kenyataan bahawa Anwar akan bertanding. Tanpa berselindung, terus-terang beliau kata telah mengundi Lee dalam PRU ke-13 yang lalu. Dan beliau merasa bangga kerana nama besar seperti Anwar bertanding di Kajang ini. Katanya lagi, isu kenaikan harga masih menjadi masalah orang ramai. Maka, beliau percaya Anwar boleh menyumbang sesuatu untuk Selangor kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Penyokong kuat Anwar rupanya....pada muka aku..heheheheh.

Mengimbas kembali akan perletakkan jawatan Lee dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa Anwar sedang berkira-kira menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor . Keputusan Pada pilihan raya Mei tahun lepas berpihak kepada calon PKR itu. Lee memperoleh sejumlah 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertarungan enam penjuru menentang calon Barisan Nasional, Berjasa dan tiga calon Bebas. Maka, setelah letih menemu ramah (sambil makan satay) beberapa penduduk/pengundi di Kajang ini, IBM mengambil kesimpulan bahawa terdapat pandangan yang berbeza-beza daripada penduduk tentang PRK DUN Kajang ini.
Selesai je makan satay, IBM dan rakan IBM tu terus sahaja pulang ke PJ dengan perasaan yang bercampur-campur. Dalam kepala ni berserabut dan melontarkan persoalan. Boleh ke Barisan Nasional (BN) menang nanti? Dan bagaimanakah cara atau kaedah untuk mengalahkan bapak syaitan yang bernama Anwar Ibrahim ini, sekali gus kita aibkan dia mengikut pandangan peribadi wakil rakyat daripada DAPigs iaitu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua@Puaka yang menyuarakan bahawa Pakatan Rakyat akan "berkubur" sekiranya Anwar tewas di Kajang nanti.
Harap-harap itu satu doa dari Tony Pua dan akan menjadi kenyataan. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"