
"Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Astana Negeri. Beliau berkata nama Adenan yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dicadangkan kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin dan beliau bersetuju dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan diadakan pada 28 Februari.
"Adenan mewakili satu bentuk perjanjian antara tiga calon (yang disebut-sebut mengantikan Taib sebagai Ketua Menteri)," katanya. Dua lagi calon ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
P/S ~ Moga Sarawak bertambah maju bersama Ketua Menteri barunya, dan masih kekal sebagai 'fixed Deposit" untuk Barisan Nasional (BN) tak kala PRU diadakan. Diberitakan, rakyat Sarawak masih kukuh dan setia dibelakang BN. Alhamdulillah ~ IBM
Sumber : mStar
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"