
Perkara ini dipersetujui dan disuarakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan golongan wanita untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu bas dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga melalui Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun (gambar bawah kanan). Beliau berkata, kerjaya itu dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing dan ia merupakan senario biasa di negara-negara seperti China, Australia, Singapura, India dan Iran. Negara-negara tersebut merupakan negara membangun yang mengiktiraf peranan wanita sebagai pemandu, katanya ketika berucap melancarkan Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama Rapid KL semalam, Rabu.

Justeru, mereka menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini kerana pada masa ini, Rapid KL memerlukan 500 pemandu baharu untuk kawasan Lembah Klang,katanya. Menurutnya, purata gaji bulanan pemandu Rapid ialah RM3,000. Zohari berkata, soal jantina tidak menjadi isu dalam pengambilan pemandu bas Rapid dan Syarikat itu juga tidak menghadkan bilangan pemandu wanita. Menurutnya, Rapid juga dalam perancangan untuk membuka peluang pekerjaan sambilan sebagai pemandu bas.

Beliau berkata, kerjaya sebagai pemandu bas memberi pendapatan tetap dan tinggi berbanding pendapatan sebagai pemandu teksi dan hasratnya menjadi pemandu bas turut disokong anak-anaknya. Jadi, apa lagi. Tidakkah ini menjadi satu titik yang mana kaum adam mesti menyahut cabaran tersebut, kerana Syarikat pengangkutan awam di negara kita ini, seperti Rapid KL memerlukan tenaga pemandu, tidak kira lelaki ataupun wanita. Jangan sampai pengangkutan awam di negara kita lumpuh gara-gara tak cukup pemandu. Ingat, tahun 2014 adalah 'Tahun Melawat Malaysia". Malu kita pada pelancong-pelancong asing sekiranya pengangkutan awam kita tidak terurus.
Kesimpulannya, wanita boleh!! ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"