

Tuanku Sultan Selangor bukanlah terlalu memilih orangnya, tapi, kalau Tuanku rasa sesuai orang itu untuk menjadi MB dengan tingkah lakunya dengan rekod yang bersih, dengan tidak menimbulkan kecacatan pada imej Selangor (maka dia dipilih). Dr Ramlah rasa ini semua bergantung kepada Sultan Selangor untuk menerima seseorang itu, katanya.
Daripada kajian Dr Ramlah, sepanjang tahun 1949 sehingga kini tidak ada lagi pemimpin yang dilantik menjadi MB selepas diketahui umum terdapat begitu banyak kes Mahkamah. Hanya Anwar seorang sahaja. Menurut Dr Ramlah lagi, meskipun ada segelintir mereka yang digugurkan menjadi MB dalam sejarah Selangor, namun ia hanya berlaku selepas mereka dilantik.
Dari segi Politiknya, memanglah Pakatan menang majoriti dua pertiga tetapi soal peribadi, soal tingkah laku, soal rekod jenayah dan sebagainya beliau rasa itu perlu diambil kira. Justeru, Dr Ramlah mempersoalkan sejauh mana Anwar Ibrahim yakin bahawa Sultan Selangor akan melantik beliau sebagai MB meskipun memenangi kerusi DUN Kajang pada 23 Mac depan. Mungkin Anwar bermimpi di siang hari, gurau beliau.
(5).jpg)
Sebagai contoh, isu kalimah 'Allah', hanya Sultan Selangor satu-satunya Sultan dalam negara kita yang berulang kali mempertahan membuat keputusan bahawa nama Allah itu hanyalah untuk orang Islam sahaja, katanya. Bagaimanapun Anwar berkata enakmen Syariah itu tidak munasabah dan harus dikaji semula. Binawee punya Anwar. Inikah manusia yang hendak menjadi MB di Selangor ini?..Dengan Sultan pun dia boleh lawan.
Bagaimanapun, ada kemungkinan mungkin Sultan Selangor akan menerima seseorang yang telah menyatakan pendiriannya yang begitu jelas bertentangan dengan peraturan agama Islam di Selangor, kata Dr Ramlah. Malah, ujar Dr Ramlah lagi ketidaksefahaman antara Sultan dan MB selaku penasihat baginda kelak bakal melahirkan situasi yang tidak tenteram. Maka, disini, IBM bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Dr Ramlah bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi MB Selangor. Faham-faham dan fikir-fikirkan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Apa yang dikatakan oleh Prof itu tepat sebaliknya dalam analisa pacal belalang pula , Anuar tidak akan bertanding, apa yang dilakukan setakat ini adalah menyemaikan unsur-unsur membenci kerajaan , sebab itu beliau berani turun awal berkempen dan melanggar pantang larang SPR, Segala tindakan beliau tidak lebih untuk melihat puak BN terjebak dalam permainan beliau sebaliknya beliau lupa bahawa BN bukan lah sebuah parti berasaskan perkauman atau parti majmuk seperti Pakatan . Yang pasti ANuar akan menamakan seorang lelaki keturunan CIna yang berkiblatkan pkr juga disenangi oleh dap dan sekutunya terhebat mereka pas
ReplyDeleteibm ~ sesejuk mata memandang,
DeleteGood comment bro. Saya percaya satu hari nanti, kehebatan Anwar akan berkubur. Segala sendiwaranya juga akan berkubur. Bagi saya Anwar tidak sehebat mana pun. cuba, dia berani dan kerajaan kita, BN terlalu berlembut dan memberikan secukup2 ruang yg luas utk menghentam kerajaan. Inilah akibatnya bila ISA di mansuhkan....Apapun, kita tungu dan lihat sejauh mana sampainya lakunan Anwar ini...
orang cina kasi 'ajar'sikit permainan politik kotor anuar ni..
ReplyDeleteibm ~ mfjalil muhd,
DeleteHarap MCA dpy memainkan peranan mereka. Dapatkan kembali keyakinan pengundi2 Cina di Kajang. Kalau Cina Kajang favor kepada MCS, insyallah Anwar boleh ditumbangkan di Kajang. Insyallah....