KERUSI MB SELANGOR PANAS!.. KERUSI MB SELANGOR PANAS!..

IBM nak mengajak rakan-rakan pembaca/pengemar blog sekalian bagi meneliti secara terperinci dan membuat kajian tentang kemelut diantara ketua pembangkang yang juga calon pakatan pada PRK DUN Kajang nanti, Datuk Seri Anwar dengan rakan sepejuangannya, Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor sekarang. Sudah jelas dan terang sekarang jawatan Menteri Besar Selangor sudah menjadi 'topik' hangat yang mana hari-hari dibincangkan dan disiarkan didada akhbar tempatan. Panas..memang panas.

Kita semua tahu pada mulanya Khalid sebelum ini telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Anwar untuk menjawat jawatan tersebut, tapi, telah mengubah fikiran dan mahu terus kekal. Penyokongnya yang paling rapat dengannya mendakwa beliau telah melakukan 'tugasan' dan mendapati beliau mempunyai 'angka-angka' tertentu. Mereka berkata Khalid telah melakukan perkiraan dan bersedia untuk bermain-main dengan nombor tersebut.
Mereka tidak menyatakan angka itu tetapi mendakwa bahawa jika persoalan siapa yang patut menjadi Menteri Besar diletakkan sebagai undi di dalam Dewan Undangan Negeri, Khalid boleh terselamat dengan majoriti mudah walaupun itu bermakna beliau terpaksa juga bergantung kepada sokongan daripada kerusi pembangkang. Tapi, sumber baru yang IBM dapat, YMM Tuanku Sultan Selangor favour kepada Khalid di dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor ini. Hal-hal lain (politik), baginda tidak mahu campur. Tersenyum lebar Khalid bila mendengar perkhabaran itu.

Tetapi, membawa perkara ini ke Dewan Undangan Negeri untuk memaksa Khalid keluar adalah perkara terakhir di fikiran Anwar buat masa ini, sekurang-kurangnya. Ia akan menjadi perkara yang sangat memalukan, seolah-olah mendedahkan kepada khalayak ramai bahawa DAP dan PAS tidak berminat dalam isu ini. Tambahan pula, PAS Selangor tidak seiring dengan Anwar. Sementara itu, pemimpin-pemimpin PAS di Selangor dikhabarkan telah mengadakan beberapa mesyuarat mengenai PRK Kajang dan membuat kesimpulan mereka lebih suka Khalid menjadi menteri besar dan tidak mempunyai masalah dengan beliau.
Dari sudut lain pulak, IBM nampak jika Pakatan Rakyat berkeras untuk menyingkirkan Khalid, PAS terpaksa menamakan calonnya sendiri untuk jawatan tertinggi itu dan nama yang sudah ada di dalam fikiran mereka ialah anggota exco, Iskandar Samad. Sumbner dari PAS memberitahu itulah pendirian parti PAS Selangor dan mereka perlu dihormati, kata seorang pemimpin tertinggi PAS. Tetapi secara rasmi, PAS mengambil pendirian akan bersama-sama menghadapi pilihan raya kecil Kajang. Perbincangan mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar hanya akan dilakukan selepas pilihan raya.
Sumber terdekat dari Kem Khalid Ibrahim menyatakan, boss mereka, Tan Sri Khalid mendapat keyakinan baru dalam dirinya setelah mendapat tahu bahawa PAS pada dasarnya tidak memihak kepada Anwar untuk jawatan tertinggi itu. Ini kerana, Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi telah mengkritik keputusan unilateral PKR di Kajang sebagai tidak menghormati dan melayan PAS seperti 'Parti Tupperware'.

Persolanya, apakah yang akan berlaku jika Khalid enggan meletakkan jawatan dan Anwar menang di Kajang? Bolehkah mereka terus mencalonkan nama-nama baru untuk jawatan tersebut? Keadaan sekarang tidak seperti keadaan selepas pilihan raya umum di mana terdapat vakum yang perlu diisi. Adakah Sultan mempunyai hak untuk mempertimbangkan nama Khalid bersama calon-calon lain?
Bercakap soal etika, IBM nak kongsi dengan para pembaca sekalian bahawa Menteri Besar patut melepaskan jawatannya jika telah hilang sokongan majoriti daripada parti. Tetapi Khalid boleh berkeras dan tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu yang beliau sendiri tidak bersetuju. Apabila dikritik, beliau mendengar tanpa membantah sambil mengangguk-angguk dan meminta maaf dengan penuh kesal. Tetapi setakat yang IBM tahu, Khalid akan menjalankan tugasnya seperti biasa, melakukan kerja dalam gaya 'Lone Ranger' beliau. Seperti kebanyakan lelaki lain yang berjaya, Khalid mempunyai ego dan keyakinan diri yang tersendiri.
IBM dapat rasakan apa yang dirasakan oleh Tan Sri Khalid sekarang ini. Beliau berasa sangat dikhianati oleh Anwar dan memberitahu orang ramai bahawa beliau berasa dipermainkan. Kesilapan PKR apabila mereka menganggap bahawa Khalid dapat disingkirkan. Mereka tidak menjangka beliau akan berjuang. Khalid juga berasa dimalukan oleh parti dengan cara yang dilakukan untuk menjatuhkannya dalam keadaan tergesa-gesa dengan apa yang berlaku di Kajang menunjukkan bahawa beliau telah mengurus isu-isu di Selangor secara salah dan mengatakan bahawa beliau tidak sesuai untuk tugas tersebut kerana beliau bukan seorang ahli politik yang bagus.
Tetapi hakikat bahawa beliau bukan seorang ahli politik, biasalah yang menyebabkan beliau mampu memenangi hati orang biasa. Teruskan pergolakan korang di Selangor. Mudah-mudahan dengan masalah dan kemelut dalam korang, memberi advantage kepada Barisan Nasional (BN). Insyallah. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"