DULU sewaktu menjelangnya PRK DUN Kuala Besut, Terengganu bila mana timbul ura-ura tindakan saman terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung tuduhannya konon ada calon PKR yang mengedar pil kuda, ramai penyokong PAS yang hanya pandang sebelah mata sahaja. Pada mereka hasrat yang disuarakan oleh Ketua AMK PKR Cabang Dungun yang juga adalah bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin (gambar kanan) itu tak lebih sekadar gertakan kecil untuk menarik perhatian umum tatkala tumpuan seluruh negara sedang mengikuti kerancakan kempen PRK Kuala Besut. Tak kurang juga ada suara sumbang dikalangan penyokong PAS yang beranggapan kemunculan Shamsul bersama bekas Pengarah Pilihanraya PKR Terengganu, Yahya Zakaria di Kuala Besut didalangi dan diupah oleh UMNO konon bertujuan menggagalkan kempen PAS untuk menawan DUN Kuala Besut dalam PRK tersebut.
Barangkali terpengaruh dengan pandangan-pandangan sedemikianlah agaknya para penasihat dan peguam PAS sengaja buat tidak endah dengan isu saman tersebut meskipun beberapa bulan kemudian bekas calon PKR itu benar-benar membawa isu saman pil kuda ke mahkamah demi maruah diri dan keluarganya. Sekelumit kemaafan atau pun tindakan bersemuka meminta penjelasan langsung tak diusahakan. Walhal yang menyaman rakan sepakatan yang sama-sama berkubang sama sendiri demi nak mengejar kuasa duniawi. Sekarang apa jadi? Ternyata ia bukan lagi ura-ura sebaliknya Hadi Awang kini berdepan realiti bebanan besar yang memalukan diri sendiri setelah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkannya membayar saman berjumlah RM2,000,000.00 dalam penghakiman ingkar kepada Ketua AMK PKR Cabang Dungun.

Penangan isu pil kuda dan saman RM 2 juta bukan setakat itu sahaja kerana lebih memburukkan keadaan maruah Hadi Awang selaku Presiden PAS semakin dipandang sebelah mata oleh sesetengah penyokong PAS. Mereka seperti malu dan menyalahkan Hadi seratus peratus atas isu yang timbul. Lebih malang lagi ada penyokong PAS dari golongan liberal yang secara ‘lembut’ mengambil kesempatan mendesak Hadi meletakkan jawatan dengan alasan untuk menjaga maruah PAS disamping untuk mengelakkan kemerosotan sokongan pengundi PR terhadap Anwar Ibrahim menjelang PRK DUN Kajang.
Begitulah rendah sekali darjat Presiden PAS kini. Apalah sial benar nasib Hadi selepas bertahun-tahun menghambakan diri demi PR dengan mengikut segala kemahuan PKR dan DAP, tapi balasan yang diterima perlu menanggung malu disaman berjuta dan di masa yang sama terpaksa pula terkontang konting dicemuh sesetengah penyokong PAS. Dah macam nasib si lebai malang pula gayanya. Ada yang terasa kasihankah? Tak perlu kasihan pun. Hadi sendiri yang jemput bala disebabkan egonya yang tinggi maka kenalah dia terima hakikatnya. [Sumber : Dari rakan blogger].
P/S ~ Padan muka ko Hadi. Mulut tu terlalu celupar. Ego tinggi. Dan jangan dik kerana bibir ko yang tebal macam bibir orang asli, apa ko ingat boleh cakap sesuka hati ko, fitnah orang. IBM bukan nak menyebelahi budak PKR ni, tapi, memang patut ko kena saman. Lain kali jangan cakap sebarang cakap. Apa, Ko ingat ko tu Presiden PAS boleh cakap apa saja yang ko nak cakap. Sekarang, terimalah akibatnya. Kesian....kesian Hj Hadi Awang ni ye...huhuhuhu. Wasallam ~ IBM
P/S ~ Padan muka ko Hadi. Mulut tu terlalu celupar. Ego tinggi. Dan jangan dik kerana bibir ko yang tebal macam bibir orang asli, apa ko ingat boleh cakap sesuka hati ko, fitnah orang. IBM bukan nak menyebelahi budak PKR ni, tapi, memang patut ko kena saman. Lain kali jangan cakap sebarang cakap. Apa, Ko ingat ko tu Presiden PAS boleh cakap apa saja yang ko nak cakap. Sekarang, terimalah akibatnya. Kesian....kesian Hj Hadi Awang ni ye...huhuhuhu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"