
.jpg)
Teresa bagaimanapun berkata video itu dibuat bukan untuk menyindir sesiapa tetapi ia lebih kepada komedi untuk tatapan masyarakat Cina. Masih tak mahu mengaku akan kesalahan beliau, katanya beliau tidak menyakiti sesiapa. Mengapa sampai nak tampar beliau? semata-mata kerana wang RM1,200 tu? Ia hanya sindiran politik. Ia bukanlah satu perkara besar. Ia sepatutnya menjadi sesuatu yang seronok, ujarnya. Sementara itu, Teresa menegaskan beliau akan terus bertemu penduduk dan "bergerak seperti biasa " walaupun menerima ancaman. Beliau sering kali berhadapan dengan kontroversi sejak beberapa tahun kebekalangan ini, termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam tahun lalu.
Bagaimanapun, kejadian terbaru yang memberi ganjaran kepada sesiapa menamparnya seakan berjaya menakutkannya walaupun beliau kelihatan tidak gentar menghadapinya. Disebabkan bidang tugas, ia memerlukan beliau sentiasa ke sana dan ke mari. Justeru, beliau akan meneruskan tugasan beliau sebagai seorang ahli Parlimen. Beliau akan pergi ke mana sahaja jika diperlukan, katanya sambil menambah setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil pengawal peribadi.
Akhir kalam, IBM ingin berpesan kepada nonya Teresa Kok ini. Cerminlah diri tu dahulu sebelum melontarkan perkataan yang kesat yangmana beliau kata DAtuk Seri Zahid tidak layak jadi seorang Menteri. Sebenarnya beliau sendirilah yang tak layak menjadi seorang Ahli Parlimen gara-gara mulut celuparnya dan isu video klip "Onederful" Malayasia CNY 2014. Jadi, siapa yang talk cock sekarang ni? Jawapannya, tak lain tak bukan, nonya Teresa Kok itu sendiri. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"