
Sumber yang IBM dapat hari ini, Jumaat, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau 'tertarik' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai calon bebas. Katanya, mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara.

Anda boleh melayari blog Datuk Zahid Ibrahim (www.zaid.my) kalau ingin mengetahui akan perkembangan politik beliau seterusnya. Untuk peringatan anda semua, Datuk Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan parti Kita. Katanya untuk mencari kebebasan bersuara dan tidak mahu terikat dengan kerenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu mengamalkan kronisme didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kita tunggu nanti. Pertandingan di PRK DUN Kajang seperti pertandingan adik lawan abang dan di impit oleh pembangkang Selangor, iaitu Barisan Nasional (BN). BN pembangkang?...memang betul apa. BN kan pembangkang di Selangor. Diatas kertas memang Anwarlah jagunya dan dijangkan menang, tapi, politik, macam-macam boleh berlaku. Tungguuuuuu ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"