HIBURAN
SHAH ALAM: Datuk Jamal Abdillah mendedahkan beliau telah didekati ramai wanita sejak dikurniakan pingat kebesaran, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Oktober 2013. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, wanita yang ingin merapatinya dipercayai mempunyai niat yang tidak baik. "Ada lebih tujuh atau lapan orang yang ingin mengenali saya hanya dengan niat yang tidak baik. Sekilas ikan di air saya sudah tahu tujuan mereka.

"Pengajaran pada kegagalan perkahwinan lalu ialah ketika itu saya tidak layak untuk menjadi suami dan ketua rumah tangga. "Kalau saya ingin beristeri semula biarlah pilihan itu untuk kekal sehingga ke akhir hayat," katanya. Sementara itu, ditanya tentang gosip ingin hubungannya dengan penyanyi Nas Adila, 28, Jamal berkata, beliau tidak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap wanita itu. Tambahnya, berita berkenaan hanya khabar angin apabila wanita itu sering memuat naik gambar mereka ketika berduet di beberapa persembahan pentas.

"Ini kali pertama kami bekerjasama selepas gosip tersebut namun sebagai artis saya perlu profesional," katanya. Mengenai persembahan pada Hari Ibu berkenaan, ia akan berlangsung di N’dah Mahligai Shah Alam bermula pukul 8 malam yang turut menampilkan Jihan (Raja Lawak) sebagai pengacara. Tiket bagi megikuti persembahan itu dijual dengan harga RM300, RM400 dan RM450. Orang ramai boleh menghubungi 03-55104187 atau 013-2764368 untuk maklumat lanjut. [Sumber : mStar]
P/S ~ Biasa le Datuk. sudah lumrah dunia. Bila kita berpangkat, popular dan berharta, ramai yang suka. Tapi, kalau semuanya itu tiada, sorry le. Kenal pun kata tak kenal. Apapun, jangan dik kerana segelintir gadis yang berperangai begitu, Datuk benci dan takut pula nak berkawan dengan mereka2 tu. Mungkin mereka2 tu peminat tulin Datuk. Hehehehe...agak je le. Apapun, IBM sebagai peminat setia Datuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk. Lagu2 mu memang first kelas dan mengamit kenangan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Penagih dadah pun dapat Datuk?
ReplyDeleteibm ~ profit
DeleteDia dah berhenti lama. Dah tobat tak ambil dadah lagi.