KATAKAN TIDAK PADA ANWAR...KATAKAN TIDAK PADA ANWAR


Setelah agak lama juga kaum Cina di Malaysia ini sudah hilang kepercayaan pada MCA, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang merupakan peluang terbaik buat MCA untuk buktikan kepada penduduk di Kajang yang majoritinya kaum Cina bahawa parti MCA sememangnya berjuang demi kebajikan mereka. Perkara yang sama telah disuarakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow ketika melancarkan bilik gerakan induk MCA untuk PRK itu di Taman Berjaya, Seamless, (Ahad) (gambar atas). Liow menegaskan pengundi DUN Kajang perlu memilih wakil rakyat daripada Barisan Nasional bagi membolehkannya menyekat tindakan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang menjejaskan penduduk.
Difahamkan, turut hadir pada perlancaran bilik gerakan tersebut adalah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Naib-naib Presiden Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun serta Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie. Syukur alhamdulillah, nampaknya MCA begitu serius, komited dan bersemangat dan tak sabar-sabar untuk turun padang berjumpa dengan para pengundi di Kajang. Moga kesungguhan yang ditunjukan oleh MCA akan membuahkan hasil, sekali gus memenangi PRK DUN Kajang nanti.
Kepada para pengundi, berilah peluang kepada MCA unutk menabur bukti di Kajang setelah korang dipermainkan dan diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat. Jangan pisang berbuah dua kali. Tolak Pakatan Rakyat, tolak Anwar. Insyallah, BN akan memberi perkhidmatan yang lebih baik nanti. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"