
IBM tidak terkejut apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada rakyat supaya tidak memilih bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tidak mahu melihat Malaysia menjadi kerajaan pro-Amerika Syarikat. Mantan Perdana Menteri itu berkata, Malaysia akan menjadi sebuah negara pro-Amerika jika Anwar diberikan peluang berada di tampuk kuasa.
Maka, jika kita mahu sebuah kerajaan yang pro-Amerika, undilah Anwar. Itu nasihat Tun Dr Mahathir ketika ditemui selepas berakhir forum "Global Peace and Conflict Resolution" di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini. Dr Mahathir sebelum itu dalam ucapannya membidas dasar Amerika Syarikat serta cubaan untuk mendesak kuasa besar dunia tersebut mengikut corak demokrasi yang dibawa mereka.

PRK di DUN Kajang ini terjadi apabila penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding. Semuanya ini adalah pemainan kotor Anwar Ibrahim yang begitu ghairah untuk merampas Putrajaya. Maka, negeri Selangor ini dijadikan batu loncatan untuk mencapai cita-cita dan niat busuknya itu. Apabila menang nanti, beliau sudah tentu akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Saranan dan nasihat Tun Mahathir itu harus kita pandang serius dan kita sama-sama berganding bahu bagi mempastikan Anwar tewas di Kajang nanti. Lawan tetap lawan. Jom kita tolak Anwar, manusia yang menyerupai sesumpah, berubah-rubah setiap masa. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"