
Perjalanan cerita di dalam klip video tersebut yang dikatakan menghina orang Melayu, Raja Melayu dan Islam. Jadi, orang melayu mana yang tak marah dan melenting. Menurut sumber yang IBM dapat, nonya Teresa di soal selama satu setengah jam di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Dan kebanyakan soalan yang diajukan oleh polis ialah mengenai latar belakang video tersebut. Antara soalan yang diajukan ialah mengapa dan apa tujuan beliau membuat video berkenaan dan tiga watak dalam klip itu? katanya, merujuk kepada watak-watak mahaguru “feng shui”.
Perjalanan cerita di dalam klip berdurasi 11 minit itu, Teresa membawa watak sebagai pengacara rancangan, menemu bual, berbicara tentang Feng Shui dan mengusik tiga ahli panel berkenaan pelbagai topik termasuk sistem pendidikan, kos sara hidup yang meningkat dan isu keselamatan di Sabah. Jawapan Teresa kepada mereka (pegawai polis) bahawa setiap kali Tahun Baru Cina, beliau akan merakam video istimewa. Ia hanya untuk berseronok. Itulah mengikut kata naib pengerusi DAP itu. Disamping itu, IBM diberitahu, Teresa memuji pegawai polis yang menyoalnya, begitu "mesra dan ramah" yang mana juga menyoal latar belakang peribadinya.
.jpg)
IBM juga diberitahu bahawa Polis telah menyoal empat orang ahli Majlis Jemaah NGO Islam yang mengadakan bantahan minggu lalu yang turut menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan wang tunai RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa. Jurucakap NGO itu, Zulkifli Sharif yang menegaskan tawaran itu masih berlangsung, mendakwa beliau dan tiga yang lain memberi kenyataan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dua hari lepas.
Siasatan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap NGO Islam tersebut menjurus kepada ingin tahu, dimana tempat protes itu diadakan, bila dan apakah tujuannya diadakan? Keempat NGO tersebut hadir ke balai tanpa ditemani oleh Peguam mereka. Amboi!! dah kebal sangat ke depa-depa semua ni? Apakah kesudahan isu nonya Teresa Kok ini? Jangan panik, tunggu dah lihat sahaja. Kerajaan kita adil dan tidak sekejam sepertimana yang di war-warkan oleh pembangkang bagi tujuan memfitnah. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"