
Beliau berkata, tarikh yang diberikan mahkamah belum ditetapkan lagi tetapi menambah bahawa pendakwaan mungkin akan dilakukan pada 10 Februari pukul 11 pagi (6 petang waktu Malaysia). Perbicaraan mungkin akan bermula pada 18 Februari pukul 9 pagi (4 petang waktu Malaysia) dan akan berlangsung selama kira-kira tujuh hari, katanya. Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin ditahan sejak 18 Disember lalu tetapi pihak berkuasa Sweden membenarkan empat anak kepada pasangan itu untuk pulang ke Malaysia. Mengenai jenis kesalahan yang disyaki, Stahre berkata, ia melibatkan grov fridskränkning (pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar), yang merupakan suatu kesalahan di bawah perkara 4 Brottsbalken (Kanun Jenayah Sweden).

Stahre juga melaporkan bahawa Shalwati mendapat kekuatan dengan sokongan moral saudara mara, rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang menyatakan sokongan buatnya di Facebook. Ramai yang bersimpati dengan pasangan ini. Walaubagimana pun ia masih merupakan satu situasi yang sukar buat pasangan Malaysia tersebut dan beliau, Sathre, cuba melakukan yang terbaik untuk terus memberikan semangat kepada kedua-dua pasangan tersebut, kata Stahre lagi. Lebih menyakinkan, Duta Besar Malaysia di Sweden bersama-sama dengan kakitangannya di Stockholm juga telah membantu dalam apa cara sebaik mungkin. Sementara itu, peguam Azizul, Jonas Tamm, tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mengenai pasangan itu.
Sama-sama kita berdoa agarnya semua berjalan lancar dan akhirnya nanti, pasangan dari Malaysia tersebut, Shalwati dan Azizul dibebaskan sekali gus dapat bertemu kembali dengan anak-anak mereka yang telah pulang ke tanah air. Siapa yang tak sayang anak ooi. Amin!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"