KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, esok. Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya. Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar kanan) dalam kenyataan, di sini hari ini.


Mohamad Asfia berkata oleh kerana kerusi berkenaan dikosongkan lebih dua tahun sebelum berakhirnya tempoh penggal dewan undangan negeri pada 20 Jun 2016, maka satu pilihan raya kecil perlu diadakan mengikut Seksyen 21 (5) perlembagaan negeri. Katanya terserah kepada ketua menteri akan datang, Tan Sri Adenan Satem, untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu. Adenan, yang kini Menteri Tuags-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri, dijadual mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak kelima, esok. Abdul Taib pula dijadual mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu pada Sabtu ini.
P/S ~ PRK lagi. Belum pun selesai PRK DUN Kajang, bahangnya telah pun terasa, tiba-tiba lepas ni nak menghala ke Sarawak pula. Aduhai.....letih..letih di buatnya. Tapi, apa boleh buat dah tugas kita sebagai penyokong setia BN, harus kita tempuhi segala dugaan seperti ini. Tuhan menguji kita. Bersedia semua, kita ke Sarawak. bila ye?....hehehehe..tak tahu lagi. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"