Wednesday, August 1, 2012

Ingat Rumah Urut, Ingat PKR Selangor, "Parti Kencing Rakyat"!!


KALAU anda baca berita di akhbar Utusan Malaysia semalam yang mengaitkan pemerintahan PKR di Selangor yang hampir satu penggal menerajui Selangor. Memang ada asasnya kenapa Utusan memaparkan berita tersebut dan memang negeri Selangor menjadi HURA-HARA sejak PKR dan Pakatan rakyat menjadi kerajaan. Langsung tidak nampak apa-apa kebaikan yang mereka buat untuk rakyat dan negeri Selangor. Tiada pembangunan, tiada pelabur asing baru yang datang melabur di Selangor, malah sudah banyak harta dan kazanah di Selangor ini di kebas satu persatu oleh pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat Selangor.

Dengan erti kata lain, Menteri Besarnya, si Khalid gagap dan kuncu-kuncunya MEMBUNCITKAN perut mereka, sedikit demi sedikit harta rakyat di Selangor ini mereka kebas. Khalid gagap sebagai orang no 1 di Selangor, tidak menampakkan yang beliau benar-benar ingin membuat perubahan di negeri Selangor seperti mana yang mereka janjikan di Manifesto PRU ke-12 yang lalu. Janji hanyalah tinggal janji. Malah, keadaan di negeri Selangor ini semangkin runcing dengan bermacam-macam masalah seperti masalah kekurangan bekalan air. Krisis air di antara kerajaan Selangor dan Syabas semakin terserlah, seolah-olah tiada jalan penyelesian. IBM rasa krisis air di Selangor ni pun mencetuskan hura-hara di kalangan rakyat, kerana bekalan air adalah keperluan harian bagi semua orang. 

Inilah wajah Tokeh dan master mind rumah urut di Selangor. Ada tokoh tak?

Lagi pasal hura-hura ni. Apa tidak hura-haranya di Selangor ni, semasa Barisan Nasional (BN) memerintah negeri Selangor, mana le ada banyak RUMUH URUT. Tapi....bila PKR dan Pakatan Rakyat mengambil alih, Puhhh!....rumah urut tumbuh macam cendawan tumbuh di Selangor ni.  Maka, sekiranya dakwaan sesetengah pihak bahawa Selangor kini dilanda kebanjiran pusat urut dan hiburan berkemungkinan besar merupakan satu kejayaan untuk DAP memang tidak dinafikan. Ianya bukan rekaan semata-mata, malahnya ianya menjadi REALITI.

IBM setuju dengan pendapat Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin bahawa DAP dipercayai berazam mahu menjadikan negeri itu seperti Macau di China, justeru sudah pasti menerusi laporan itu ia tidak memberi kesan langsung kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. ''Pemerintahan pakatan pembangkang telah berjaya menjadikan negeri itu sebagai syurga dunia untuk negara ini. Kita tidak perlu lagi pergi ke Hatyai atau Phuket untuk mendapatkan khidmat 'mengurut' kerana di Selangor semua ada.

''Lebih mengelirukan, proses menukar Selangor menjadi seperti syurga dunia itu disokong oleh tiga Exco dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas. Jika dahulu mereka ini menentang maksiat tetapi kini sama-sama bersekongkol,'' katanya. 
  
IBM malas nak tulis dan komen panjang-panjang. IBM rasa, anda semua setuju dengan IBM dan tidak salah kalau IBM katakan di sini, sudah tiba masanya PKR Di Selangor ini dan juga di negeri-negeri yang lain, wajib di KUBURKAN. Oleh itu, IBM minta korang, fikir-fikirkanlah samada apa yang IBM paparkan hari ini ada asasnya. 

Bukan kerana apa, ujudnya parti PKR ni memang mencetuskan hura-hura dan kesian pada rakyat yang mereka tipu hidup-hidup. Parti PKR bukanlah sebuah parti yang betul-betul membela nasib rakyat, tapi ianya diujudkan untuk kepentingan peribadi seseorang yang ingin menjadi PERDANA MENTERI dan membalas dendam, dendam politik. Dah le tu....lenguh tangan ni menaip, banyak kot ejaan yang salah, minta maaf, bulan puasa ni, bukannya kuat sangat. Jumpa lagi. Wasallam. ~ IBM

TERIMA KASIH LE KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...