AHAD, 28 DIS 2014
WALAUPUN Pembangkang mendesak agar 'Darurat' di isytiharkan namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat di kawasan yang teruk dilanda banjir bagi membolehkan mangsa membuat tuntutan insuran atas kerugian. Belum lagi katanya. Saranan tersebut juga dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam. Walaupun begitu, kerajaan persekutuan telahpun bertindak seperti berada dalam darurat dengan semua aset dikerah untuk bantu mangsa banjir, katanya di Twitter. Tulisannya di Twitter itu bagi menjawab tuntutan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua agar kerajaan mengisytiharkan darurat. Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi. Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan, katanya lagi.
DS Najib juga berkata, usaha telah ditingkatkan sepenuhnya seperti dalam keadaan darurat sebenar, dan agensi-agensi berkaitan telah diarah menggiatkan lagi usaha menyelamat dan menambahkan bantuan. Ditanya mengenai anggaran kemusnahan di seluruh negara akibat bencana ini, beliau berkata, penilaian masih belum dapat dilakukan selagi banjir masih belum reda sepenuhnya. Dalam sidang media sama, DS Najib turut berkata beliau amat berbangga dan berterima kasih atas komitmen tinggi dan pengorbanan yang ditunjukkan semua anggota pasukan keselamatan dan penjawat awam di waktu bencana sebegini. Memang mereka bertungkus lumus, berkorban besar untuk membantu mangsa banjir. Kerajaan amat menghargai sumbangan yang telah dan sedang dilakukan mereka, tambahnya. Berbalik kepada isu 'darurat' yang dibangkitkan oleh pembangkang, terutamanya parti DAPigs, memang itulah kerja pintas yang mereka mahu. Tanpa memikirkan implikasi yang akan menimpa kepada mangsa banjir dari banyak sudut, mereka (pembangkang) mendesak dan terus mendesak kerana mereka hanya inginkan milage, nama dan menjadi hero.
Yang lain-lainya mereka tidak peduli dan hiraukan. Sebelum ini pembangkang heboh mempertikai kenapa di saat negara di landa musibah banjir yang mana rakyat sedang di dfalam kesengsaran, PM bersenang-senang bercuti dan bermain 'golf' di luar negara. Dan...kini, PM sudah pun kembali dan sedang meninjau serta melawat mangsa-mangsa banjir, kenapa pembangkang diam dan tidak terdengar perkataan 'selamat pulang dan terima kasih' PM? Ingin IBM bertanya, kemana perginya pula ketua permbangkang dan pemimpin-pemimpin mereka yng lain? IBM dapat tahu, ada juga sesetengah pemimpin-pemimpin pembangkang yang sedang bercuti di luar negara seperti di New Zealand. Kenapa mereka-mereka ini tidak di seru pulang untuk meninjau dan menghulurkan bantuan kawasan yang mereka jaga? Kenapa hanya panda menunding jari pada kerajaan sahaja? Maka, eloklah 'musibah banjir' ini tidak dipolitikan. Hentikan lah semua itu. Kini masa untuk kita semua rakyat Malaysia, tidak kira dari fahaman politik mana sekali pun. Ayuh! bantu sekadar yang kita mampu. Wassalam ~ IBM