"CUKUP...cukuplah dengan masalah 'politik' di Selangor ini. Beta dah penat dengan politik yang kotor yang banyak menyusahkan beta dan rakyat Selangor," Begitulah suara yang keluar dari Duli Sultan Selangor sekali gus mengingatkan pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baru supaya lebih fokus kepada permasalahan negeri dan rakyat. Duli Tuanku mahu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, begitulah titah Sultan Sharafuddin Idris Shahyang mana baginda sudah 'penat' dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang. Duli Tuanku mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat, titahnya Sultan Sharafuddin dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar tempatan sempena ulang tahun baginda ke-69 hari ini, Khamis. Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang, titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis Menteri Besar di Selangor baru-baru ini.
