SEJAUH mana kebenarannya, kita tunggu dan lihat apabila aktivis yang pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada Isnin, Ali Abdul Jalil, mendakwa dia telah memiliki kad suaka politik daripada kerajaan Sweden. Maka, memang tepatlah tindakkan oleh Jabatan Imigresen menarik balik pasport antarabangsanya. Terbaru, dalam posting di akaun Facebook miliknya semalam, Isnin, Ali berkata, sebagai pemohon suaka politik beliau dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Peraturan Dublin. Beliau kini pemegang kad suaka politik, di bawah undang-undang PBB dan Peraturan Dublin. Beliau tidak lagi berada di bawah undang-undang Umno dan sistem Raja berpelembagaan. Ini bukan Malaysia, katanya. Bagus le tu Ali. Kita nak tengok nanti sejauh mana si Ali 'setan' ini boleh hidup di Sweden yang dikatakan lebih cucuk dari segi kehidupan yang beliau cari dan mahukan. Apakah di Sweden beliau boleh bersuara mengkritik kerajaan barunya itu kerana beliau tidak dapat berbuat demekian di negaranya sendiri.

Korang berdua boleh 'berambus' kerana negara ini tidak memerlukan rakyat seperti korang berdua. Kalau betul Ali mendapat suaka politik di Sweden, bermakna beliau (Ali) bukanlah di anggap sebagai PATI oleh kerajaan Sweden, tapi, bagaimana dengan si Alvin sial tu pulak? Amerika Syarikat beri suaka politik juga ke? Ingat, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tapi, yang lebih baik negara sendiri juga. Malangnya kedua-dua ekor beruk makyeh tu tak sedar diri. Nasib koranglah, itu yang korang mahu. Wassalam ~ IBM