ORANG kata 'berbohong' adalah amalan dan santapan bagi pembangkang seperti PKR. Kerja mereka tak lain hanya berbohong dan membuat fitnah. Kalau nak diambil kira, kadang-kadang pembohongan yang pembangkang taburkan agak berkesan dan diterima pakai oleh para pengundi. Ianya diibaratkan gula-gula yang ditabur oleh pembangkang terhadap kerajaan dan sekali gus membuat rakyat percaya dan membenci kerajan. Berpandukan pengalaman dan analisis yang dibuat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pembangkang ekoran sering mendakwa Pakatan Rakyat mempunyai sokongan pengundi sebanyak 52% berbanding Barisan Nasional (BN). Menurut Presidennya Ramesh Rao Krishnan, pembangkang sering menjaja mereka mempunyai sokongan itu kepada rakyat yang boleh disifatkan cubaan menghasut dan menabur fitnah kepada kerajaan BN.

Mengikut Ramesh, beliau boleh katakan 52% ini adalah fitnah dan pembohongan yang amat besar untuk memperbodohkan dan menipu rakyat. Buktinya Ahli Parlimen Shah Alam telah menghantar satu petisyen untuk membantah Akta Hasutan tetapi hanya 3005 orang sahaja yang menandatangani. Jadi di mana suara 52% yang dilaung-laungkan?, soal beliau. Tambah Ramesh lagi, bukan itu sahaja, Kempen Rakyat Hakim Negara, Kempen Pendidikan Percuma, Protes Turun Harga Minyak sebelum ini juga gagal menarik sokongan rakyat. Beliau turut mencabar pembangkang untuk buktikan bahawa sokongan itu masih wujud lagi atau sekadar pembohongan semata-mata. Beliau nak cabar pembangkang kalau benar sokongan 52% ni wujud tunjukkanlah dalam seminggu ni. Dalam seminggu ni berapa juta tandatangan yang Pakatan boleh kumpul, kalau benar kami NGO akan sokong Pakatan, tegas beliau. Boleh dapat ke tandatangan sebanyak itu? Itu hanya omong-omong kosong. Pakatan bermimpi di siang hari. Wassallam ~ IBM