Seperti yang kita semua tahu, pada 9 Disember lalu, pihak polis menyebarkan 15 gambar individu yang dikehendaki untuk tampil memberi keterangan bagi membantu pihaknya mengesan suspek-suspek yang mengasari atau memukul penyokong pasukan Vietnam selepas perlawanan bola sepak tersebut. Berikutan itu, lima individu telah tampil ke balai polis dengan empat daripadanya berbuat demikian di sekitar Lembah Klang manakala seorang lagi di Johor, diikuti dengan dua lagi individu pada 11 Disember lalu.
Harap ini akan menjadi tauladan kepada semua peminat bola sepak air supaya tidak bertindak sedemekian rupa dan menjadi samseng bola sepak. Kenapa kita begitu agresif, terlalu emosi apabila pasukan kesayangan kita kalah? bukankah dalam sukan, ada kalah dan menang? Jadi, kenapa bertindak begitu melulu hingga mencederakan pelawat? Fikir-fikirkan demi untuk menjaga maruah, nama negara dan sukan bola sepak yang kita minati. Katakan 'Tidak Kepada Samseng Bola Sepak'. Kepada yang lima tu, pandai-pandai le korang jawab samada mengaku bersalah atau sebaliknya. Wassalam ~ IBM

