Friday, December 19, 2014

BANJIR SEMAKIN TERUK : 8,595 MANGSA DIPINDAHKAN DI 114 PUSAT DI TERENGGANU

JUMAAT, 19 DIS 2014
DARI Terengganu diberitakan, walaupun hujan reda sejak awal pagi ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini semakin meningkat. Sehingga jam 10 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 114 pusat pemindahan di lima daerah mencecah 8,595 mangsa membabitkan 2,438 keluarga. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, berkata jumlah mangsa yang dipindahkan ke 37 pusat pemindahan di Daerah Hulu Terengganu sehingga pagi ini mencatatkan jumlah 3,066 orang daripada 949 keluarga. Katanya, ia diikuti Daerah Besut seramai 2,155 mangsa daripada 565 keluarga yang ditempatkan di 22 pusat pemindahan. Di Setiu seramai 1,746 mangsa daripada 463 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan. 

Di Kemaman jumlah mangsa banjir yang di tempatkan di 19 pusat pemindahan ialah 850 mangsa daripada 246 keluarga manakala di Dungun 778 mangsa daripada 315 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan. Mari kita sama-sama berdoa agar mangsa-mangsa di Terengganu juga di negeri-negeri lain supaya tabah menghadapi musim 'banjir' ini. Insyallah, kerajaan akan buat yang terbaik bagi membantu mereka-mereka yang terlibat dengan banjir ini. Ikut arahan dari pihak yang berwajib. Juga diingatkan, jaga keselamatan anak-anak kita, jangan biarkan mereka bermain dengan air banjir kerana ianya mendatangkan bahaya dari segi kesihatan dan sebagainya. Tabahkan hati! Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...