SEBAGAI seorang ahli UMNO yang setia, dulu, kini dan selamanya, IBM begitu teruja dan kagum kepada pemimpin-pemimpin dan para perwakilan yang berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 (mengimbas kembali) baru-baru. Semangat yang mereka tunjukan begitu tinggi dan ianya harus dikekalkan sampai bila-bila. Begitu juga dengan semangat yang ditunjukakan oleh seorang pemimpin UMNO dari bahagian Ampang. IBM sependapat dengan beliau supaya kita jangan cepat melatah dan jangan cuba bandingkan UMNO dengan mana-mana parti pembangkang. Ada benar dan asasnya kata-kata Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (gambar bawah kanan) itu. Katanya, UMNO sarat dengan pemimpin lama ekoran mereka setia bersama parti sejak dari muda sehingga kini. Berbanding dengan PKR yang sering mendabik dada kononnya mereka memberi peluang dan ruang kepada anak muda membarisi barisan kepimpinan mereka. Bagaimanapun, Ismail mengakui UMNO perlu memberi ruang kepada anak muda tetapi bukan dengan cara tergopoh-gapah, yang akhirnya memudaratkan parti.
Pada pandangan beliau, mereka membandingkan kerana pembangkang mengemukakan golongan muda. Kita kena ingat bahawa PKR adalah sebuah parti baru. UMNO dahulu pun semua pemimpinnya muda. (Tetapi) PKR adalah sebuah parti muda, jadi mereka tiada tokoh-tokoh lama. Berbeza dengan Umno, dan kita tidak pernah menghalang orang-orang muda mengambil alih tempat orang lama, katanya ketika ditemu-ramah oleh pemberita baru-baru ini. Ismail berkata demikian sebagai mengulas kelantangan rata-rata golongan muda di dalam parti yang mendesak proses peremajaan parti segera dilaksanakan dengan memberi peluang kepada mereka. Malah, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 baru-baru ini berkata UMNO perlu mencontohi parti pembangkang, yang memberi ruang kepada anak muda menyertai jawatan-jawatan penting dalam parti. KJ mengambil contoh Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, yang diberikan peluang sebagai calon DAP untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

KJ bukan bermaksud untuk merampas jawatan tersebut dari pemimpin-pemimpin lama. Jangan ada yang salah faham. IBM bukan nak menyebelahi KJ, tapi ada asas dan relevan akan kata-kata KJ tersebut. Dan..IBM percaya bukan tujuan KJ untuk memperkecilkan pemimpin-pemimpin yang lama. Bagi IBM, kita serumpun, baik-buruk, senang-susah kita hadapi bersama. Kepada Ketua Umno Bahagia Ampang, Ismail Kijo, tahniah diatas ucapan dan peringatan tersebut kerana ianya bukan sekadar mengingatkan, malah menaikkan semangat pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin muda di luar sana supaya meneruskan perjuangan. Harus diingat akan kata-kata keramat ini : "Perjuangan kita masih belum selesai". Wassallam ~ IBM