SEHARI dua ni entah kenapa IBM asyik nak menulis atau posting perihal si Azmin, Anwar al-jub dan PKR. Kan ada sesiapa bayar upah pun. Maklumlah IBM ni seorang blogger Sdn Bhd yang pro dan sayangkan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN). Terkini berita yang IBM nak kongsikan bersama anda semua setelah IBM terbaca komen dari seorang penganalisa politik yang agak popular juga. Kisahnya berkisarkan politik di negeri Selangor yang mempunyai Menteri Besar yang baru yang kononnya lebih berwibawa dan lebih baik daripada Menteri Besar yang lama, iaitu Khalid gagap. Prof Datuk Mustafa Ishak mengulas tentang pentadbiran Azmin sekarang ini. Katanya, menjelang 100 hari pentadbiran Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin harus keluar daripada bayang-bayang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik. Selaku Ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak (gambar bawah kanan) seterusnya berkata, menjelang seratus hari pentadbirannya minggu depan, hala tuju baru Selangor masih belum jelas.

Beliau (Azmin) tidak komited, jawapan (beliau) nampak seperti kurang memberikan komitmen dalam perkara itu. Beliau (Azmin) selalu menjawab, 'no comment' (tiada komen) memanjang dan mengelakkan diri daripada memberikan jawapan yang jelas, sikap dan pendirian dia dalam beberapa isu di Selangor, katanya. Kalau itulah sifat dan tabiat si Azmin, mana mungkin beliau oleh mengambil alih tempat Anwar al-jub seperti apa yang beliau katakan di dalam entri terbaru IBM sebentar tadi. (lebih kurang 2 jam yang lepas). Jadi, apa yang di sarankan oleh Prof Datuk Mustafa ada asasnya. Kalau begitu, Azmin mungkin tidak boleh bertahan lama sebagai MB Selangor. Sama-sama kita tunggu. Wassalam ~ IBM