KERETAKAN di dalam Pakatan haram sukar ditampal. Ianya sudah jelas tiga rangkaian parti yang bergabung, iaitu DAP, PKR & PAS menamakan gabungan mereka 'Pakatan Rakyat' sudah tidak sehaluan lagi. PAS kini menjadi sasaran dan berkemungkinan akan di singkirkan dari Pakatan. Dulu, semasa hidupnya, bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS. Dan sekarang giliran Gobind Singh Deo (gambar bawah) pula serta memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini. Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama. Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013.

Apabila meletup, maka hancurlah segala harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya seperti yang mereka idam-idamkan sekian lama. Tapi, tidakkah mereka (pembangkang) merasakan itu hanyalah mimpi, mimpi yang tidak akan kesampian?. Apapun, lantak pi la depa. Biarlah mereka 'bercakaran' sesama sendiri. Kita (BN) hanya perlu bersiap-siaga dan rapatkan barisan, serta selalu turun padang bagi mendampingi rakyat jelata. Insyallah, kita akan diterima rakyat. Wassalam ~ IBM