Sunday, December 14, 2014

SIAPA PAK BRAHIM NI 'NASIHAT' PM SUPAYA JANGAN KERAP KE LUAR NEGARA??

AHAD, 14 DIS 2014
APA masalahnya dengan Pak Brahim ni? Apa yang dia tak puas hati dan cuba-cuba nak tujuk pandai. Siapa Pak Brahim ni? Semalam, didalam sebuah portal pembangkang tersiar al-kesah yang Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi ‘nasihat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya. Nasihat Ibrahim Ali kepada Perdana Menteri, sebelum DS Naijb hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara. Beliau merayu, desak PM, kalau nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara, katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini. Ibrahim (atas) turut berkata Perdana Menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib. Adakah ini berupa nasihat atau amaran Pak Brahim  kepada Najib, atau kerana setiap kali DS Najib keluar negara, Pak Brahim tidak dipelawa. 

Maka, meroyanlah kerjanya dan cuba pulak nak jadi hero untuk nasihat PM supaya tumpukan kerja di dalam negara bukanya membuat lawatan ke luar negara. Pak Brahim tahu ke tujuan lawatan PM keluar negara? Apa, Pak Brahim ingat setiap kali PM membuat lawatan ke luar negara hanya untuk suka-suka je? Memang bahlol le kepada otak Presiden Perkasa ni. Bagi IBM, orang seperti Pak Brahim yang kononnya NGO yang pro pada kerajaan dan berdiri di belakang kerajaan, itu semua sendiwara. Sekiranya apa yang mereka mahu tidak dipenuhi, maka inilah jadinya. Lantang mengkritik dan membuat andaian yang tidak berasas sehingga memberi ruang untuk pembangkang menghentam balik. Pak Brahim ada sedar tak semua itu? Fikir-fikirkan wahai Pak Brahim. Jangan cakap ikut sedap mulut je. Kalau untuk kebaikan semua apa salahnya jumpa PM secara peribadi untuk memberi nasihat, bukan menghentam dan menedahkan nya kepada portal pembangkang. Fikirkanlah wahai Pak Brahim. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...