IBM bukan nak menyalahkan apa tah lagi untuk menyebelahi mana-mana pihak. Tapi, perkara kecil atau komen untuk membetulkan keadaan, tak kan lah itu pun nak besar-besarkan sehingga sampai nak saman. Kenapa begitu 'sensitif' MB Pahang, DS Adnan ni? Apa masalahnya? Apabila DS Adnan menyaman Utusan Malaysia, ramai yang beranggapan seolah-olah Umno saman Umno. Begitu juga dengan pembangkang. Mereka ketawa berdekah-dekah. Apa tidaknya, DS Adnan adalah pemimpin dari Umno, manakala Utusan Malaysia adalah milik Umno. Kan jadi bahan ketawa orang je. Berita saman ini hangat diperkatakan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan dan meneruskan saman sivilnya sebanyak RM15 juta ke atas akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki partinya. Saman itu difailkan atas satu tulisan lidah pengarang akhbar tersebut, Awang Selamat, bertajuk 'Hebat sangatkah Adnan?’ Adnan menamakan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan tunggal dan writ tersebut difailkan pada 5 Disember oleh firma Americk Sidhu di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini dan dikemukakan kepada Utusan semalam.

Adnan mendakwa tulisan itu antara lainnya membawa maksud bahawa beliau tiada integriti, gagal melaksanakan tugas. Apapun, masih ada masa lagi untuk di selesaikan di luar Mahkamah. Tarik balik le saman tu, duduk di meja bulat dan berunding. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Berfikir panjang dan berbincang secara orang dewasa demi untuk kebaikkan bersama. Jangan terlalu mengikut rasa dan nafsu, malu di lihat orang apatah lagi pembangkang. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM