WALAUPUN sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut. Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol. Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit. Betapa sakit dan deritanya beliau ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka beliau ketika itu berlumuran darah. Bagaimanapun, kesakitan yang Nur Syafiqa tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Beliau bersyukur kerana masih selamat, katanya dipetik Utusan Online. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.

Beliau harap suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap beliau dan ibunya, katanya. Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya. Beliau mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri Umno yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka beliau, katanya. Tahniah diucapkan kepada Ketua Puteri Umno Malaysia yang prihatin dan menghulurkan bantuan berupa wang, walaupun tidak sebanyak mana, ianya sungguh bermakna kepada mangsa, Nur Syafiqa. Harap Nur Syafiqa banyak bersabar, tabah menghadapi segala dugaan, kerana itu adalah ketentuan dari Allah SWT. Kita semua doakan agar Nur Syafiqa cepat sembuh dan menjalani kehudupan seperti biasan. Wassalam ~ IBM