Monday, December 15, 2014

KAN DAH KATA, DAP TETAP TOLAK 'HUDUD' PAS. SATU LAGI EPISOD PAS DIBULI. PADAN MUKA PAS!!!

ISNIN, 15 DIS 2014
MANA nak letak muka pemimpin-pemimpin PAS ni. Terang-terang DAPigs membelakangi dan tidak setuju dasar yang PAS nak perjuangkan. Memang betul kata penganalisa politik tanah air, PAS dibuli dan ditarik hidung oleh DAPigs. Tapi..PAS buat bodoh kerana pemimpin-pemimpin mereka bodoh, biol dan tak ada maruah. Sesama Islam, dengan (UMNO) dijadikan musuh, sedangkan musuh sebenar PAS adalah DAPigs dan PKR. Kesian PAS kerana perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang. Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum 'hudud' sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya semalam, Ahad. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya. Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, mereka (pakatan) mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem, katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu. Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli (kaki bodek DAP). Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. 

Baru-baru ini, pemimpin kedua-dua parti turut bertikam lidah apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang. PAS terus terpingir kerana terang-terang dalam ucapan Guan Eng menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat. Katanya, beliau ingin memberi ja­­mi­nan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara. Sebelum ini, DAP telah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum. Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dalam ucapannya turut mempersoalkan beberapa pihak yang cuba memperkenalkan undang-undang bersifat keagamaan di negara ini. Beliau yang tidak menjelaskan perkara itu secara khusus berkata, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, justeru sebarang dasar yang cuba mencabulinya tidak boleh dibiarkan. 

Dalam pada itu, perwakilan dari Perak, Wong Kah Woh semasa perbahasan meminta mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat gabungan itu supaya segera berundur. Ini penting, pemimpin daripada parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan, beliau tidak layak jadi pemimpin dan harus undur diri, katanya tanpa merujuk kepada mana-mana parti. Apa yang IBM lihat, di Persidangan Kebangsaan DAP 2014 DAPigs langsung tidak menyebut atau mengaitkan nama PAS untuk mereka (Pakatan) berjuang dan merampas Putrajaya pada PRU yang akan datang. Nama Anwar al-jub terus disebut, disanjung sehingga DAPigs sanggup menunggu Anwar keluar penjara jika Anwar al-jub di penjarakan bersabit kesalahan kes liwat II beliau. Mana muka PAS?...mana yang dikatakan PAS tu hebat sangat? Pejuangkan islam kah PAS? kosong....kosong....bagi IBM PAS diibaratkan 'tin kosong', bila di ketuk bunyinya sumbang. Maklumlah tin kosong. Itulah wajah PAS yang sebenar-benarnya. Maka, tidak salahlah jika PAS di panggil "Parti Ajaran Sesat'. Dan...PAS juga parti yang bermimpi di siang hari. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Mudah je nk describe PAS ni. Parti xde jatidiri. Matlamat asal perjuangan PAS dikorbankn semata2 utk memenuhi cita2 terlampau PAS utk jatuhkn UMNO. Maaf aku ckp... PAS blm bijak utk diangkat meneraju negara disbbkn begitu mudahnya matlamat dikorbankn. Kononnya bijak sgt2. Tpi terlalu bodoh.

    ReplyDelete
  2. ibm-salleh,

    Salam bro. Setuju dgn komen sdr. Memang btl...PAS belum layak utk mengelarkan diri mereka pejuang agama & bangsa....PAS pengkhianat bangsa & agama sebenarnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...