JANGAN terperangkap dengan kata-kata dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Itu hanyalah umpan supaya kita selaku pemerintah lalai dan leka dan termakan dengan analisis yang mereka buat. Cakap-cakap mereka adalah untuk memerangkap dan ianya adalah satu strategi bagi pakatan untuk melemahkan kita. Walaupun itu hanyalah sebagai kata-kata peringatan kepada rakan-rakan mereka apabila seorang tokoh pembangkang hari ini mengingatkan rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandangkan rendah kemampuan Umno-Barisan Nasional (BN) walaupun parti memerintah itu mengakui kedudukannya kini lemah, namun kita kena sentiasa bersedia. Perkara tersebut disuarakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad@Khalid gereja sebagai berkata, Umno-BN boleh menggunakan beberapa strategi untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka. Katanya, antaranya BN boleh menggunakan strategi ‘persempadanan baru’ untuk memastikan kuasa terus memihak kepada mereka. Umno mempunyai satu lagi senjata selain daripada Akta Hasutan. Persempadanan baru yang akan dikemukakan oleh SPR, di sidang Parlimen akan datang.

Mengulas lanjut Khalid menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai satu pengakuan bahawa PR kini semakin mendapat sokongan sekali gus membuktikan kelemahan Umno-BN yang semakin nyata. Kata-kata Muhyiddin adalah satu pengakuan akan kelemahan yang dihadapi BN dan potensi perubahan itu di peringkat pusat, dalam soal ini sambil ia mengakui kelemahan BN dari sudut sokongan rakyat, ia juga mengakui kekuatan daripada PR kerana, hanya dua peratus sahaja sudah memadai, tambahnya. Itu analisa daripada PR yang harus kita pandang serius walaupun dalam kenyataan yang disuarakan oleh si Khalid gereja yang menampakkan sedikit keegoan PR yang meramalkan mereka boleh mendapat sokongan rakyat. Persetan apa yang mereka kata (PR). Jom kita rapatkan barisan, bersatu-padu demi untuk mempertahankan negara ini dari jatuh ke tangan Pakatan Haram. Samada isu 'persempadanan baru/semula' itu boleh menguntungkan Umno/BN, itu cerita no dua. Yang penting kuatkan jentera pilihan raya kita dari sekarang. Jangan tidur dan leka. Mari kita 'berjihad' demi untuk negara, agama dan bangsa. Wassalam ~ IBM