Monday, December 29, 2014

HUHUHU! 'AMANAT HJ HADI' SIRI TERBARU TERBONGKAR! TAPI...DINAFIKAN OLEH PAS. JADI SIAPA YANG TULIS??

ISNIN, 29 DIS 2014
HARI ini heboh di media sosial, terutamanya dalam Facebook  akan tulisan Tuan Guru Hadi Awang yang juga Presiden PAS tentang 'musibah' banjir yang melanda negeri Kelantan dan juga bolehlah dikatakan 'Amanat Hj Hadi' siri ke-dua. Namun, tulisannya kali ini yang mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bukanlah menghentam UMNO atau mendoakan agar orang-orang UMNO pecah perut, atau pun mengkafirkan orang-orang UMNO. Tapi, ianya satu  peringatan berkaitan banjir yang meluas tersebar di media sosial ketika ini. Lantas ianya cepat-cepat di sangkal oleh pemimpin-pemimpin atasan PAS. Mereka (PAS) menyangkal sama sekali akan dakwaan itu. Kata mereka (PAS), hakikatnya sama sekali tidak percaya dan itu bukanlah penulisan atau ucapan beliau (Tuan Guru Hadi). Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Tulisan itu sama sekali tidak bersumberkan dari Tuan Guru (Presiden PAS). Sebaran tulisan sebegini yang dikaitkan dengan Tuan Guru secara salah adalah amat dikesali. Kenyataan rasmi daripada Tuan Guru mestilah dirujuk disumber dan sebaran rasmi  parti. Harap maklum, ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, semalam. 

Walau bagaimanpun, IBM tak nak komen banyak-banyak, cuma satu sahaja yang IBM muskilkan. Kalau tak betul takkan tersebar begitu sahaja. Apa tujuannya dan siapa dalangnya yang menulisnya. Bagi IBM kalau ianya tidak betul, iaitu palsu, sudah tentu ianya di tulis oleh musuh Presiden PAS yang ingin memalukan beliau. IBM ingat orang-orang alim dan ulama seperti Hj Hadi ini tiada mempunyai musuh. Maklumlah ahli syurga. Siapa yang memusuhi beliau (Hj Hadi) akan dilakhnat oleh Allah SWT. Ehmmmm..jangan main-main dengan Hj Hadi ni. Apapun, IBM sudah lali dengan alasan dan penyangkalan dari pemimpin dan juak-juak PAS. Memang itulah kebiasan mereka. Bila buat sesuatu, apabila bocor, mereka akan menafikannya. itu bukan depa yang buat. Biasalah, siapa tak kena PAS. Kalau tidak tak PAS terkenal dengan panggilan "Parti Ajaran Sesat" (PAS). Memang senoneng panggilan tersebut. Untuk itu, jom baca 'amanat Hj Hadi 'siri kedua yang kini tersebar luas. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...